24
Mei
09

Hukum Melihat Faraj Isteri

Soalan :

Saya ingin kepastian/kesahihan mengenai hadith ini:

“Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka janganlah ia melihat faraj (kemaluannya) kerana sesungguhnya yang demikian itu menyebabkan buta”.

Wassalam
__________________________________________________________

Jawapan :

Hadith yang saudara maksudkan ialah :

إذا جامع أحدكم زوجته فلا ينظر إلى فرجها ، فإن ذلك يورث العمى

Maksudnya : “Jika seseorang kamu menyetubuhi isterinya, maka jangan dia melihat faraj isterinya, kerana perbuatan itu mewarisi buta.”

Ringkasan Darjat Hadith

1- PALSU. Ibn Hibban di dalam al-Majruhiin

2- MUNGKAR. Ibn ‘Adiy di dalam al-Kamil fi al-Du’afaa’

3- PALSU. Ibn al-Qaisaraani di dalam Dakhirah al-Huffaz

4- Tidak ada padanya Isnad, Atau baginya Isnad yang tidak dijadikan hujah denggannya oleh para Nuqqad dari kalangan ulama. Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Risalah Latifah

5- Termasuk hadith-hadith yang batil. al-Zahabi di dalam Siyar A’laam al-Nubala’

6- LEMAH. al-Zaila’ie di dalam Nasbu al-Rayaah

7- PALSU. Al-Albani di dalam Aadab al-Zufaf, al-Silsilah al-Dhoiefah dan Dhoief al-Jami’

Demikianlah hukuman dari para ulama terhadap hadith tersebut. Ini menunjukkan hadith tersebut bukanlah datangnya dari Nabi saw. Ianya adalah sebuah hadith palsu yang direka kemudian dinisbahkan kepada Nabi saw secara dusta.

Di dalam matan Tanwiir al-Absor dan syarahnya al-Darr al-Mukhtar dari kitab mazhab Hanafi menyebut harusnya seorang suami melihat isterinya apa-apa yang diluar dan di dalamnya, walaupun hingga ke farajnya, samaada dengan syahwat atau tanpa syahwat.

Diriwayatkan dari Abu Yusuf (Murid Abu Hanifah) katanya : Telah ditanya kepada Abu Hanifah, tentang seorang lelaki yang menyentuh faraj isterinya, dan isterinya pula menyentuh zakar suaminya…, apakah engkau melihatnya dilarang ? Jawab Abu Hanifah : Tidak, Aku harap, perbautan itu besar pahalanya.” (Hasyiah Radd al-Muhtar ‘ala Darr al-Mukhtar)

Ibn Hazm di dalam al-Muhalla menyebut : “dan halal bagi seorang lelaki untuk dia melihat faraj isterinya, dan isteri dan hambanya yang dihalalkan baginya untuk menyetubuhi mereka. Demikian juga mereka (isteri dan hamba, halal) untuk melihat zakarnya, tidak ada hukum makhruh padanya secara asal.”

Dalil dalam perkara ini ialah hadith yang masyhur dari para ibu orang-orang yang beriman ‘A-isyah, Ummu Salamah dan Maimunah r.’anhunn, yang menceritakan setiap orang daripada mereka pernah mandi (berdua-duaan) bersama Nabi saw. Mereka mandi janabah dengan Nabi di dalam bekas yang satu.

Hadith dari Maimunah boleh difahami bahawasanya Nabi saw ketika itu tanpa ditutup/tanpa kain (بغير مئزر). Kerana di dalam hadith tersebut menceritakan Nabi saw memasukkan tangannya ke dalam bekas (mandi), kemudian baginda mencurahkan air ke kemaluan baginda, dan baginda membasuhnya dengan tangan kiri baginda. (Lihat al-Muhalla)

Hadith daripada ‘A-isyah pula menyebut : Adalah aku mandi janabah bersama Nabi saw di dalam satu bekas.” al-Hafidz di dalam al-Fath menyebut sebahagian ulama menjadikan dalil dengan hadith ini atas keharusan seorang suami melihat aurat isterinya, demikian juga sebaliknya (isteri melihat aurat suami). al-Hafidz berkata : Ini dikuatkan dengan apa yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari jalan Sulaiman bin Musa: Bahawasanya dia ditanya tentang suami yang melihat faraj isterinya, lalu beliau menjawab : Telah ditanya kepada ‘Ato, lalu ‘Ato menjawab : Telah ditanya kepada ‘A-isyah, lalu ‘A-isyah menyebut hadith ini dengan maknanya. dan hadith ini menjadi nas dalam masaalah ini.”

Di dalam fatwa Fiqh Kuwait disebut : “Seorang suami melihat aurat isterinya dan demikian juga sebaliknya (Isteri melihat aurat suami) adalah harus. Akan tetapi, dari (memelihara) adab meninggalkannya…”

Namun ketika ditanya tentang hukum perbuatan menjilat faraj isteri dipermualaan jima’, Fatwa Kuwait menyebut : “Tidak ada larangan dalam perkara itu, tanpa (melakukannya) berlebih-lebihan, Dengan syarat tempat itu (kemaluan) bersih. Jika keluar mazi, maka wajib menjauhinya, kerana kenajisan (Mazi) tersebut.”

Kesimpulan :

HARUS seseorang suami melihat kemaluan isterinya, demikian juga harus isteri melihat kemaluan suaminya. Hadith yang mendakwa perbuatan melihat kemaluan pasangan itu boleh membawa kepada buta adalah hadith yang tidak sahih bahkan PALSU. Jika ada yang tidak mahu melihat, maka perbuatan itu terpuji kerana terdapat perkataan ‘A-isyah yang menceritakan Nabi saw tidak melihat kemaluannya dan demikian juga beliau tidak melihat kemaluan baginda.

Wallahu a’lam.

Fatwa al-Qaradhawi : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528600874
Fatwa Kuwait : http://www.islamic-fatwa.com/index.php?module=fatwa&id=3161
http://www.islamic-fatwa.com/index.php?module=fatwa&id=1896
http://fatwaulama.blogspot.com


0 Responses to “Hukum Melihat Faraj Isteri”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: