21
May
09

PUTUS HAID = TIADA SEKS HEBAT?

Apabila wanita putus haid (menopause) adakah ia bererti seks tidak lagi menjadi satu perkara yang penting dalam kehidupan harian mereka?

TIDAK!!

Ramai yang percaya bahawa apabila putus haid, wanita akan terus berkurangan keinginan seks; ini adalah tanggapan yang kurang tepat. Seks selepas putus haid masih boleh tetap menyeronokkan, malahan boleh lebih seronok daripada sebelum putus haid.

Oleh kerana tidak ada risikio kehamilan dan anak-anak anda sudah besar, anda dan pasangan anda ada lebih banyak masa berdua-duaan. Ayuh! Anda kini mempunyai banyak peluang untuk menikmati seks hebat!

Ya, memang benar apabila anda semakin berumur anda akan mengambil lebih banyak masa untuk menaikkan nafsu seks. Ia juga memang normal jika anda merasakan kekurangan dalam keinginan seks. Tetapi apabila usia anda meningkat melepasi 50 tahun tidak bermakna kehidupan seks anda tamat.

Anda mungkin pernah mengalami rasa kekurangan keinginan seks sejak putus haid… sebelum anda membuat kesimpulan bahawa putus haid atau usia anda yang bertanggungjawab atas rasa kekurangan keinginan seks, timbangkan beberapa punca lain.

Banyak medikasi seperti ubat anti-hipertensi, ubat penenang, dan ubat anti-tekanan boleh mengubah bagaimana anda merasai tentang seks. Isu-isu lain yang menjejaskan respons seksual termasuk penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, dan artritis, serta imej anda sendiri dan juga jumlah tekanan yang anda hadapi setiap hari.

Para penyelidik dari New England Research Institute dan University of Massachusetts Medical School mendapati satu fakta yang mengagumkan.

Faktor utama yang menjadi penentuan mempengaruhi wanita yang memiliki masalah seks adalah sikap wanita itu sendiri terhadap seks sewaktu putus haid. Bukan kerana kekurangan estrogen.

Para penyelidik juga mendapati hanya satu perkara yang bersangkut paut dengan kekurangan pengeluaran estrogen semasa putus haid, iaitu kadang-kala rasa sakit sewaktu persetubuhan.

Apa Itu Estrogen?

Estrogen adalah satu di antara dua hormon utama wanita; yang lain itu progesterone.

Ovari, yang melepaskan telur, mengeluarkan kedua-dua hormon itu. Sebelum menopos berlaku, salah satu fungsi estrogen ialah mengawal kitaran biakan dengan mengatur pembinaan lapisan didalam rahim; progesterone kemudiannya menanggalkan lapisan itu sekiranya tiada kehamilan. Bila ovari berhenti mengeluarkan telur, biasanya bila wanita berusia diantara 40 dan 50, ovari itu akhirnya berhenti mengeluarkan estrogen.

Pendarahan bulanan kian susah dijangka – lebih cair dan kurang datang untuk sesetengah wanita, lebih pekat dan lebih kerap, untuk yang lain – dan akhirnya berhenti. Pendarahan bulanan akan berhenti sama sekali bila wanita itu telah menjalani pembuangan rahim – iaitu bila rahim dan dalam banyak keadaan, ovari dikeluarkan melalui pembedahan histerektomi.

Ramai wanita meminta nasihat doktor bila mereka mengesan perubahan dalam corak pendarahan bulanan dan pada masa inilah mereka mungkin mendengar buat pertama kali perkataan putus haid atau menopos.

Apa Anda Percayai Terhadap Seks/Putus Haid Adalah Apa Yang Anda Akan Dapat?

Para pengkaji mendapati satu fakta yang penting.

Wanita yang mengalami kehilangan keinginan seks selepas putus haid, adalah wanita yang mempercayai kehilangan keinginan seks adalah normal bagi mereka yang semakin berumur.

Dua Perkara Penting Yang Harus Diperhatikan:

  • Kehilangan keinginan seks tidak dialami oleh majoriti wanita yang putus haid.
  • Kehilangan keinginan seks tidak bersangkut paut dengan penurunan paras estrogen.

References:
Menopause, U.S. Department of Health, National Institute on Aging; accessed 07/28/06. Combined Estrogen and Testosterone Use and Risk of Breast Cancer in Postmenopausal Women, Arch Intern Med. 2006;166:1483-1489, accessed 07/28/06. A Female Counterpart to Viagra, the New York Times, accessed 07/28/06


1 Response to “PUTUS HAID = TIADA SEKS HEBAT?”


  1. Oktober 10, 2015 at 6:11 PM

    I go to see day-to-day some web pages and sites to read posts, except
    this weblog provides quality based posts.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: