24
Mei
09

Hukum Melihat Faraj Isteri

Soalan :

Saya ingin kepastian/kesahihan mengenai hadith ini:

“Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka janganlah ia melihat faraj (kemaluannya) kerana sesungguhnya yang demikian itu menyebabkan buta”.

Wassalam
__________________________________________________________

Jawapan :

Hadith yang saudara maksudkan ialah :

إذا جامع أحدكم زوجته فلا ينظر إلى فرجها ، فإن ذلك يورث العمى

Maksudnya : “Jika seseorang kamu menyetubuhi isterinya, maka jangan dia melihat faraj isterinya, kerana perbuatan itu mewarisi buta.”

Ringkasan Darjat Hadith

1- PALSU. Ibn Hibban di dalam al-Majruhiin

2- MUNGKAR. Ibn ‘Adiy di dalam al-Kamil fi al-Du’afaa’

3- PALSU. Ibn al-Qaisaraani di dalam Dakhirah al-Huffaz

4- Tidak ada padanya Isnad, Atau baginya Isnad yang tidak dijadikan hujah denggannya oleh para Nuqqad dari kalangan ulama. Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Risalah Latifah

5- Termasuk hadith-hadith yang batil. al-Zahabi di dalam Siyar A’laam al-Nubala’

6- LEMAH. al-Zaila’ie di dalam Nasbu al-Rayaah

7- PALSU. Al-Albani di dalam Aadab al-Zufaf, al-Silsilah al-Dhoiefah dan Dhoief al-Jami’

Demikianlah hukuman dari para ulama terhadap hadith tersebut. Ini menunjukkan hadith tersebut bukanlah datangnya dari Nabi saw. Ianya adalah sebuah hadith palsu yang direka kemudian dinisbahkan kepada Nabi saw secara dusta.

Di dalam matan Tanwiir al-Absor dan syarahnya al-Darr al-Mukhtar dari kitab mazhab Hanafi menyebut harusnya seorang suami melihat isterinya apa-apa yang diluar dan di dalamnya, walaupun hingga ke farajnya, samaada dengan syahwat atau tanpa syahwat.

Diriwayatkan dari Abu Yusuf (Murid Abu Hanifah) katanya : Telah ditanya kepada Abu Hanifah, tentang seorang lelaki yang menyentuh faraj isterinya, dan isterinya pula menyentuh zakar suaminya…, apakah engkau melihatnya dilarang ? Jawab Abu Hanifah : Tidak, Aku harap, perbautan itu besar pahalanya.” (Hasyiah Radd al-Muhtar ‘ala Darr al-Mukhtar)

Ibn Hazm di dalam al-Muhalla menyebut : “dan halal bagi seorang lelaki untuk dia melihat faraj isterinya, dan isteri dan hambanya yang dihalalkan baginya untuk menyetubuhi mereka. Demikian juga mereka (isteri dan hamba, halal) untuk melihat zakarnya, tidak ada hukum makhruh padanya secara asal.”

Dalil dalam perkara ini ialah hadith yang masyhur dari para ibu orang-orang yang beriman ‘A-isyah, Ummu Salamah dan Maimunah r.’anhunn, yang menceritakan setiap orang daripada mereka pernah mandi (berdua-duaan) bersama Nabi saw. Mereka mandi janabah dengan Nabi di dalam bekas yang satu.

Hadith dari Maimunah boleh difahami bahawasanya Nabi saw ketika itu tanpa ditutup/tanpa kain (بغير مئزر). Kerana di dalam hadith tersebut menceritakan Nabi saw memasukkan tangannya ke dalam bekas (mandi), kemudian baginda mencurahkan air ke kemaluan baginda, dan baginda membasuhnya dengan tangan kiri baginda. (Lihat al-Muhalla)

Hadith daripada ‘A-isyah pula menyebut : Adalah aku mandi janabah bersama Nabi saw di dalam satu bekas.” al-Hafidz di dalam al-Fath menyebut sebahagian ulama menjadikan dalil dengan hadith ini atas keharusan seorang suami melihat aurat isterinya, demikian juga sebaliknya (isteri melihat aurat suami). al-Hafidz berkata : Ini dikuatkan dengan apa yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari jalan Sulaiman bin Musa: Bahawasanya dia ditanya tentang suami yang melihat faraj isterinya, lalu beliau menjawab : Telah ditanya kepada ‘Ato, lalu ‘Ato menjawab : Telah ditanya kepada ‘A-isyah, lalu ‘A-isyah menyebut hadith ini dengan maknanya. dan hadith ini menjadi nas dalam masaalah ini.”

Di dalam fatwa Fiqh Kuwait disebut : “Seorang suami melihat aurat isterinya dan demikian juga sebaliknya (Isteri melihat aurat suami) adalah harus. Akan tetapi, dari (memelihara) adab meninggalkannya…”

Namun ketika ditanya tentang hukum perbuatan menjilat faraj isteri dipermualaan jima’, Fatwa Kuwait menyebut : “Tidak ada larangan dalam perkara itu, tanpa (melakukannya) berlebih-lebihan, Dengan syarat tempat itu (kemaluan) bersih. Jika keluar mazi, maka wajib menjauhinya, kerana kenajisan (Mazi) tersebut.”

Kesimpulan :

HARUS seseorang suami melihat kemaluan isterinya, demikian juga harus isteri melihat kemaluan suaminya. Hadith yang mendakwa perbuatan melihat kemaluan pasangan itu boleh membawa kepada buta adalah hadith yang tidak sahih bahkan PALSU. Jika ada yang tidak mahu melihat, maka perbuatan itu terpuji kerana terdapat perkataan ‘A-isyah yang menceritakan Nabi saw tidak melihat kemaluannya dan demikian juga beliau tidak melihat kemaluan baginda.

Wallahu a’lam.

Fatwa al-Qaradhawi : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528600874
Fatwa Kuwait : http://www.islamic-fatwa.com/index.php?module=fatwa&id=3161
http://www.islamic-fatwa.com/index.php?module=fatwa&id=1896
http://fatwaulama.blogspot.com

21
Mei
09

PUTUS HAID = TIADA SEKS HEBAT?

Apabila wanita putus haid (menopause) adakah ia bererti seks tidak lagi menjadi satu perkara yang penting dalam kehidupan harian mereka?

TIDAK!!

Ramai yang percaya bahawa apabila putus haid, wanita akan terus berkurangan keinginan seks; ini adalah tanggapan yang kurang tepat. Seks selepas putus haid masih boleh tetap menyeronokkan, malahan boleh lebih seronok daripada sebelum putus haid.

Oleh kerana tidak ada risikio kehamilan dan anak-anak anda sudah besar, anda dan pasangan anda ada lebih banyak masa berdua-duaan. Ayuh! Anda kini mempunyai banyak peluang untuk menikmati seks hebat!

Ya, memang benar apabila anda semakin berumur anda akan mengambil lebih banyak masa untuk menaikkan nafsu seks. Ia juga memang normal jika anda merasakan kekurangan dalam keinginan seks. Tetapi apabila usia anda meningkat melepasi 50 tahun tidak bermakna kehidupan seks anda tamat.

Anda mungkin pernah mengalami rasa kekurangan keinginan seks sejak putus haid… sebelum anda membuat kesimpulan bahawa putus haid atau usia anda yang bertanggungjawab atas rasa kekurangan keinginan seks, timbangkan beberapa punca lain.

Banyak medikasi seperti ubat anti-hipertensi, ubat penenang, dan ubat anti-tekanan boleh mengubah bagaimana anda merasai tentang seks. Isu-isu lain yang menjejaskan respons seksual termasuk penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, dan artritis, serta imej anda sendiri dan juga jumlah tekanan yang anda hadapi setiap hari.

Para penyelidik dari New England Research Institute dan University of Massachusetts Medical School mendapati satu fakta yang mengagumkan.

Faktor utama yang menjadi penentuan mempengaruhi wanita yang memiliki masalah seks adalah sikap wanita itu sendiri terhadap seks sewaktu putus haid. Bukan kerana kekurangan estrogen.

Para penyelidik juga mendapati hanya satu perkara yang bersangkut paut dengan kekurangan pengeluaran estrogen semasa putus haid, iaitu kadang-kala rasa sakit sewaktu persetubuhan.

Apa Itu Estrogen?

Estrogen adalah satu di antara dua hormon utama wanita; yang lain itu progesterone.

Ovari, yang melepaskan telur, mengeluarkan kedua-dua hormon itu. Sebelum menopos berlaku, salah satu fungsi estrogen ialah mengawal kitaran biakan dengan mengatur pembinaan lapisan didalam rahim; progesterone kemudiannya menanggalkan lapisan itu sekiranya tiada kehamilan. Bila ovari berhenti mengeluarkan telur, biasanya bila wanita berusia diantara 40 dan 50, ovari itu akhirnya berhenti mengeluarkan estrogen.

Pendarahan bulanan kian susah dijangka – lebih cair dan kurang datang untuk sesetengah wanita, lebih pekat dan lebih kerap, untuk yang lain – dan akhirnya berhenti. Pendarahan bulanan akan berhenti sama sekali bila wanita itu telah menjalani pembuangan rahim – iaitu bila rahim dan dalam banyak keadaan, ovari dikeluarkan melalui pembedahan histerektomi.

Ramai wanita meminta nasihat doktor bila mereka mengesan perubahan dalam corak pendarahan bulanan dan pada masa inilah mereka mungkin mendengar buat pertama kali perkataan putus haid atau menopos.

Apa Anda Percayai Terhadap Seks/Putus Haid Adalah Apa Yang Anda Akan Dapat?

Para pengkaji mendapati satu fakta yang penting.

Wanita yang mengalami kehilangan keinginan seks selepas putus haid, adalah wanita yang mempercayai kehilangan keinginan seks adalah normal bagi mereka yang semakin berumur.

Dua Perkara Penting Yang Harus Diperhatikan:

  • Kehilangan keinginan seks tidak dialami oleh majoriti wanita yang putus haid.
  • Kehilangan keinginan seks tidak bersangkut paut dengan penurunan paras estrogen.

References:
Menopause, U.S. Department of Health, National Institute on Aging; accessed 07/28/06. Combined Estrogen and Testosterone Use and Risk of Breast Cancer in Postmenopausal Women, Arch Intern Med. 2006;166:1483-1489, accessed 07/28/06. A Female Counterpart to Viagra, the New York Times, accessed 07/28/06

19
Mei
09

Love Swing Untuk Menghangatkan Seks Anda!

position_01-whiteposition_02-whiteposition_03-whiteposition_04-white

http://www.hawthornelifestyle.co.uk/index.php

19
Mei
09

Seks @ Kerusi Pejabat

Langkah 1

Pastikan kerusi yang hendak digunakan cukup kukuh untuk menyokong kegiatan seks. Periksa semua bahagian kerusi dan skru bagi memastikan mereka ketat. Anda harus yakin ia tidak akan patah sewaktu anda beraksi.

Langkah 2

Letakkan kerusi pada dinding. Kebanyakkan kerusi pejabat memerlukan sokongan daripada belakang supaya mereka tidak terjongket. Jika boleh, pilih dinding yang menghadap ke luar bangunan supaya tiada siapa yang dapat mendengar bunyian daripada aksi seks anda. Tutup dan kunci pintu pejabat anda dan tutup semua jendela yang terbuka.

Langkah 3

Jangan tanggalkan baju anda. Memang tak perlu berbogel untuk seks di pejabat. Ramai yang berasa seksi melakukan seks separuh bogel. Jika anda memakai skirt atau baju kurung, anda boleh tanggalkan panty sahaja dan selak untuk beraksi.

Langkah 4

Pasangan yang berbadan lebih besar duduk di atas kerusi dan pasangannya boleh duduk di atasnya. Posisi selanjutnya ialah pasangan wanita menongeng dengan bantuan kerusi dan pasangan lelaki beraksi ala doggy-style.

18
Mei
09

Posisi Hubungan Seks Ketika Hamil

Bila anda hamil ini tidak bermakna anda sudah tidak boleh melakukan hubungan seks lagi. Sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang terbaik dan selesa ketika kehamilan kita semakin membesar.

Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil:

  1. Posisi wanita di atas. Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi.
  2. Posisi duduk. Posisi ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan isteri duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila isteri sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah posisi yang terbaik.
  3. Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.
  4. Posisi berlutut atau berdiri.

Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu pastikan agar tidak memberikan tekanan atau beban pada perut ibu hamil.

Kita sedar bahawa hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.

kissTetapi jangan pula kita meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh Kita boleh hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual.Itu sebabnya dalam semua hal kita isteri mahupun perlu saling memahami keinginan masing-masing.

Ramai yang bertanya kepada saya adakah boleh melakukan hubungan seksual semasa hamil? Tak bahayakah?

Ya, anda boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda semasa kehamilan biasa atau normal.

Ada antara ibu yang risau dan salah anggap tentang seks semasa hamil boleh menyebabkan infeksi atau menjejaskan kandungannya semasa melakukan hubungan seks.

Hubungan seks atau orgasma tidak membahayakan bayi di dalam kandungan anda kerana adanya lendir dari serviks ibu (mulut rahim) yang membantu melawan terhadap kuman atau infeksi yang akan masuk ke dalam pintu rahim dan secara semulajadi juga Allah s.w.t telah menciptakan suatu perlindungan kepada bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan kita berada dalam ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim dan perut yang kuat melindungi bayi salama dalam proses kehamilan.

Namun kehamilan anda akan termasuk dalam kehamilan dengan risiko sekiranya ada komplikasi atau ada symptom yang tidak pernah anda rasa atau hadapi sebelum ini seperti rasa ngilu, kontraksi atau pendarahan maka anda perlu segera berjumpa denga doktor sebelum anda melakukan hubungan seksual lagi.

Biasanya doktor akan menasihatkan agar anda tidak melakukan hubungan seksual pada kes-kes kehamilan berikut:

  1. Ancaman keguguran atau pernah alami keguguran.
  2. Placenta berada dibawah (plasenta previa)
  3. Riwayat kelahiran premature (pra-matang)
  4. Pendarahan vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya.
  5. STD atau penyakit seksual yang menular.

Jika anda masih ragu-ragu untuk melakukan hubugan seks semasa kehamilan, jangan anda merasa malu untuk membincangkannya dengan doktor anda.




Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Berbulan